Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Haniey . I am the owner of this blog . If dah jenguk blog , FOLLOW .ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!

Put your CBOX codes here!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

Gambar Saya

Assalamualaikum Semua !



Korang dah pernah nampak muka Haniey ? Kalau tak pernah Haniey nak post nieyh . Kalau dah pernah tengok sekali lagi .  Haha .  Gambar ini adalah edisi tahun 2013 . Terbaru tuu ! Maknanya , gambar nilah muka Haniey buat tahun nih . Juga muka budak sekolah menengah . Kah2 . Kalau korang rasa hodoh IM Haniey dekat fb yeah . Haniey nak sangat tahu pendapat korang . 





Kalau korang nak komen , komen ajah . Haniey terima dengan hati terbuka . Sebab Haniey tahu Haniey manusia biasa . Tak sempurna sepenuhnya pun .  Korang tahu tak , gambar  pertama adalah kenangan gembira Haniey . Tu lah gambar Haniey dengan racket Squasy yang dapat bru tahun ini , Best woo !

Gambar kedua adalah gambar Haniey pakai tudung baru yang ibu Haniey belikan . Tahun ini jugak tudung tuh .  Tudung ni dibeli semasa ibu Haniey teman kawan dia beli kain tudung untuk anak dia . Akhirnya ibu Haniey belikan jugak tudung buat Haniey . Haniey rasa Haniey suka tudung ni kerana ia sesuai ngan Haniey ( pendapat Haniey ) . 

Gambar yang ketiga pown sama jugak . Masa itu ibu Haniey beli 2 warna bagi tudung . Yang pertama adalah warna hitam dan yang kedua adalah warna pink tulah . Hak2 !  Muka Haniey tak comel tapi Haniey bersyukur dengan apa yang Haniey ada sekarang .

Setakat ini sahajalah . Haniey nak tengok cerita Tottaly Spies pulak . Lama sudah tak tengok citer tuh . Teringat kenangan yang lama2 dulu . Dulu , cerita seperti  itulah yang Haniey selalu tengok . 

Idolaa Sayaa

Assalamualaikum Semua !

Hari ini iaitu pada  7 haribulan 3 , Haniey akan update tentang IDOLA Haniey . Haniey ada banyak IDOLA akan tetapi Haniey khaskan  3 sahaja yeah . Hihi . Yang Haniey pilih ni yang hensem2 sahaja !  Tak caya erk ? Okey jom tengok ! Haniey mula daripada remaja sampai ke tua yerk .. Kih Kih !


Handsome kan ? Nama dia adalah Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham . Beliau dikenali sebagai Azzam Sham sekarang ini . Beliau dikenali sebagai Azzam Sham sekarang ini . Beliau menjadi terkenal sekarang kerana beliau menjadi naib johan bagi rancangan IDOLA KECIL MUSIM 2 . Hihi . Masa tu jugak Haniey ada operations dekat lelangit . Tapi itu tidak menghalang Haniey tengok dia kat TV !

Nama beliau adalah Khairul Fahmi Che Mat . Beliau adalah pemain bola sepak kebangsaan tahu ! Posisi beliau adalah seorang KEEPER . Walaupun telah berkahwin , Apek tetap pilihan saya . Kerana permainan beliau amat saya kagumi . Muka beliau pun sangat sangat lah HANDSOME . Cair hati ini .  Haniey dah pernah jumpa dia . Best sangat dapat jumpa dia . Impian ini akhirnya dapat direalisasikan !


Mereka semua ini adalah daripada rancangan RUNNING MAN !  Kesemua mereka Haniey minat sangat2 . Setiap Jumaat Haniey tengok cerita Running Man ! Jackie Chan pun pernah jadi artis jemputan ke Running Man .  Yang Haniey minat sekali adalah baris pertama yang tengah . Nama dia adalah Yoo Jae Suk . Dia lah ketua bagi rancangan Running Man . Kepada sesiapa yang fanatik kat dia , dia akan dipanggil YUNIUNIEM ! ( Maaf kalau salah . Haniey dah tak ingat ejaan )

Itu sahaja lah IDOLA Haniey yang dapat Haniey kongsikan ! Gambar mereka ni Haniey cari yang terbaik sahaja . Untuk kepuasan korang tengok gambar dia owang ! Hak Hak !

Link Segala Link

Assalamualaikum Semua !

Nampak tajuk apa tak ?  ' Link Segala Link ' kan ? Korang paham tak kenapa Haniey tulis macam tuh ? Tak paham ? Aduhai . Takkan tak paham kot . Okey sekarang Haniey nak terangkan lah apa maksud tajuk yang Haniey entry sekarang ni yeah ?  Maksud nya Haniey akan bagi semua ACCOUNT INTERNET  yang Haniey ada ye . Boleh lah kita berkomunikasi dengan cepat dan tak membazir masa . 

Mula2 , Haniey nak kasi ACCOUNT FACEBOOK dulu . Sebab ni paling senang nak berkomunikasi dengan semua orang yeah . Haniey sebenarnya ada 2 ACCOUNT FACEBOOK . Yang pertama adalah khas untuk family dan rakan2 Haniey . Kalau Haniey rasa nak add baru lah Haniey nak add orang tak kenal kat FACEBOOK tu . Ni link FACEBOOK yang kedua Haniey iaitu ------->  http://www.facebook.com/babyhani.haniey?fref=ts

Yang kedua adalah ACCOUNT TWITTER . Kat TWITTER Haniey banyak FOLLOW artis2 ajah . Orang biasa pulak yang follow Haniey . Tapi Haniey suka ramai orang FOLLOW Haniey . Terima Kasih Haniey ucapkan kepada semua FOLLOWERS TWITTER Haniey . Ni lah link twitter Haniey yang berserabut . Tak sempat nak bersihkan kah . --------> https://twitter.com/Haniey_Korea

Yang ketiga adalah ______ . Nak tahu apa dia ? Ia adalah ACCOUNT BLOG . ACCOUNT BLOG Haniey tak payah kasi sebab LINK BLOG Haniey dah terpampang dekat atas tu kan ? Cuma tak tahu lah korang jenguk ke tidak blog yang tak seberapa Haniey ini . Harap kalau dah jenguk FOLLOW BLOG Haniey sekali yeah ! Thanks ! Kalau tak tahu LINK BLOG Haniey sila IM FACEBOOK Haniey ! Haha 



Bulan 3 Cuti Mana ?

Assalamualaikum Semua !

Cepat nya masa berlalu kan korang ?  2013 dah masuk bulan 3 dah .  Cepat sungguh masa berlalu . Kita jadi umat akhir zaman . Tanda2 kecil KIAMAT pun sudah muncul sedikit demi sedikit . Kalau dah masuk bulan 3 , korang mesti tahu kan ? Tak tahu ? Aduhai . Cuti sekolah lah korang ! Apa lagi kan kalau dah masuk bulan 3 .

Haniey nak tanya korang , nanti bulan 3 korang nak bercuti ke mana ? Ke tak pergi mana2 ? Kalau Haniey , Haniey akan ikut mak saudara Haniey ke Kuala Krai kot untuk Hari Keluarga sekolah dia . Kata dia , kat sana ada kolam renang . Bestnya tak sabar rasanya nak mandi air dekat situ . Mesti best !

Haa .. Korang cerita lah korang nak pergi mana ? Haniey tak pergi jauh pun . Duduk Kelantan bercuti pun di Kelantan . Haniey akhir2 ni tak banyak beruti pun . Bajet tiada dan masa tiada . Kalau cuti pun duduk rumah atau pergi rumah mak saudara dekat Kuala Lumpur . Tapi masa cuti Haniey rasa tak nak pi cuti because Haniey nak tengok rancangan kegemaran Haniey iaitu Running Man dan KPOP STAR !

Kalau Haniey tak bercuti tak apa asalkan ada hiburan dekat rumah . Dapat tengok rancangan  kegemaran pun dah bagus . Masa cuti bulan 12 , Haniey duduk dekat rumah aja . Tengok cerita Running Man dan KPOP STAR . Tak terasa bosan langsung ! Best ada lah dapat tengok cerita kegemaran .

Suntikan HPV

Assalamualaikum Semua . 

Pada hari ini , hari paling letih lah . Mula2 , pergi sekolah relax kejap  . Pukul  7.20 Haniey pun turun ke Dewan yang diberi nama Dewan Ibnu Khaldun . Di situ , Haniey baca Yassin dan dengar ucapan guru ( perhimpunan ) . Ada jugak yang memberi takzirah yang berkesan di hati Haniey . Bila dengar dia cakap , terus berkesan di hati Haniey .

Selepas mendengar perhimpunan dan baca yassin , Haniey pun naik ke atas kelas . Kelas Haniey bernama Maju . Kelas pertama ooo ! Masuk je kelas ,  Haniey mula la sibuk .  Masuk je kelas , Haniey ambik buku log Geografi dan buku teks Geografi dan buat kerja yang tidak siap . Bukan malas tapi kawan Haniey iaitu Alisa pinjam buku Haniey buat balik rumah . Tu tak siap tu . Jangan Salah Faham Ya !

Selepas masuk waktu Geografi , maka siaplah kerja Geografi Haniey . Mujurlah sempat siap sebelum cikgu masuk . Cikgu Geografi Haniey nama Cikgu Marinab . Cikgu tu kawan ibu Haniey . Ibu Haniey pun cikgu dekat sekolah menengah tapi dekat SMK  Sungai Pinang . Lepas belajar Geografi , tibalah waktu rehat .

Di waktu rehat , Haniey langsung tidak pergi rehat . Nak tahu kenapa ? Haniey tak pergi rehat sebab Haniey nak buat kerja Sains pulak . Haha . Akan tetapi Haniey dapat buat sekerat sahaja .  Tiba2 aja penolong kelas Haniey cakap misi nak jumpa dekat bilik kesihatan . Katanya nak kasi suntikan HPV . Korang mesti pelik kenapa Haniey boleh lewat ? Sebab masa sebenar nak suntik Haniey tak bawa borang :D

Masa mula2 nak suntik tu tak lah sakit sangat . Rasa macam gigit semut api aja . Tapi bila misi nak masukkan ubat dalam badan , mulalah rasa kesakitannya . Kesakitan yang tak terhingga . Tapi , Haniey berjaya melawan perasaan takut dan dah kene suntikan HPV . Nanti 1 bulan kena pulak . Tak sabarnya !

Kawan Datang :D

Assalamualaikum Semua !

Pada hari Sabtu , iaitu kelamarin , kawan Haniey datang rumah Haniey buat kerja sekolah . Nama kawan Haniey adalah Alisa .  Kawan Haniey datang lepas Zohor iaitu 1.40 petang . Kami pun pergi kat luar rumah lalu membuat kerja sekolah .  Dia membuat kerja Geografi yang tidak sempat dia salin . Haniey lak buat kerja Maths yang Cikgu kasi .

Haniey dengan kawan Haniey berbual tentang banyak perkara . Nak tahu ? Okey jep . Haniey cerita tentang perangai kawan Haniey . Gosip sekolah . Gosip bola . Kesimpulannya , banyak lah perkara yang Haniey bualkan dengan kawan Haniey tuu .. Best je berbual dengan dia . Tak pernah bosan langsung . Tak caya ? Meh sini berbual ngan kawan Haniey . Gerenti best woo !

Masa buat kerja sekolah , Haniey dengan Alisa pun ada jugak main dengan anak kucing rumah Haniey .  Dia asyik nak cekar orang saja . Itu sebab Haniey buat dia menikus . Ada sekali , Haniey buat dia berdiri . Lepas tu , nak tahu apa yang terjadi ? Kucing tu pun terjatuh lah . Habis gelak Haniey dengan kawan Haniey tuh . 

Tetiba je , masa Haniey dengan kawan Haniey tengah syok berbual bual sambil membuat kerja sekolah , ada seekor ular jatuh berdekatan dengan Haniey dengan kawan Haniey .   Mula2 , ingat ke ular mainan aja .  Lepas tengok kepala bergerak , Haniey terus lompat atas kerusi dan masuk dalam rumah . Fuh ! Takut weii . Ular tu boleh tahan bersarnya . Sepupu hentam banyak kali sampai patah kayu pun tak mati .

Akhir sekali ,  nenek saya ambik surat khabar dan bakar ular itu . Setelah yakin ular itu telah mati , nenek saya ambik dan buang ke dalam denai . Syukur hadrat Ilahi keluarga Haniey dan kawan Haniey selamat .